Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang dibuka pada tahun 1963 dengan keluasan kawasannya 3.85 ekar. Pada peringkat awal pembukaannya sekolah ini hanya mempunyai 2 blok kayu dengan 9 bilik darjah. Muridnya sebanyak 148 orang dan 9 orang Guru termasuk Guru Besar.
Pertambahan murid yang pesat menyebabkan Blok C dibina pada tahun 1975 dengan 3 bilik darjah. Pada tahun 1980 Blok D dibina dan dijadikan blok pentadbiran iaitu menempatkan bilik Guru Besar, Blik Guru Penolong Kanan, Surau, Bilik SPBT, Bilik Kaunseling dan Bilik SU Peperiksaan.
Pertambahan murid yang pesat membolehkan pihak kerajaan membina blok tambahan iaitu Blok E (blok 3 tingkat) yang mempunyai 6 Bilik Darjah, Blik PSS, Bilik Muzik, Makmal Komputer, Pusat Akses, Bilik Gerakan, Makmal Sains serta Bilik Kemahiran Hidup.
Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang juga mentadbir sekolah cawangan iaitu Sekolah Kebangsaan Ulu Juaseh yang jaraknya 6 km dari sekolah induk. Murid sekolah cawangan ini terdiri daripada kalangan orang asli, sekolah ini menumpang di bangunan Balai Raya yang diubah suai menjadi2 Bilik Darjah.
Pada tahun 2002 Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang telah dinaikkan gred dari Gred B ke Gred A dengan seorang Guru Besar DGA 34 dan dibantu oleh 3 orang Guru Penolong Kanan DGA 32.
Mulai tahun 2003 Sekolah Kebangsaan Ulu Juaseh telah dipindahkan ke sekolah induk si Sekolah Kebangsaan LKTP Tenang.
Pada tahun 2005 kelas Pra sekolah telah dibuka dengan jumlah murid seramai 25 orang. Sekitar tahun 70an jumlah murid sekolah ini menjangkau 700 orang tetapi selepas tahun 90an kadar murid menurun sekitar 300 orang sahaja. Sekolah ini mempunyai 25 orang Guru dan 10 orang Staf sokongan.
Sepanjang sekolah ini dibuka, ia telah ditadbir oleh 12 orang Guru Besar iaitu:
12. Puan Sa'adiah Binti Khamis (04.01.2015 - 26.03.2019)
No comments:
Post a Comment