Kami Warga Pendidikan berusaha memberikan perkhidmatan yang berkualiti dengan :
1. Memberi pendidikan yang terbaik dan cemerlang kepada semua
murid semasa mereka bersekolah di sekolah ini.
2. Memberi layanan yang adil dan mesra kepada murid dalam apa jua perkara.
3. Memberi bantuan dan pembelaan kepada murid yang layak.
4. Memastikan murid berasa seronok dan selamat semasa berada di sekolah.
5. Menentukan murid tahap dua mendapat peluang dalam kegiatan kokurikulum sekurang-kurangnya satu ahli dalam aktiviti persatuan, kelab dan permainan.
6. Menjaga kebajikan guru & kakitangan sekolah dalam urusan gaji & perkhidmatan.
7. Membantu guru dan kakitangan yang menghadapi masalah pada hari yang sama.
8. Menberikan layanan yang mesra, adil dan komited kepada semua ibubapa/penjaga yang berurusan dengan sekolah
9. Aduan yang diterima akan disiasat, diambil tindakan dan dimaklumkan dalam masa empat hari bekerja.
10. Urusan pendaftaran murid, pengeluaran surat berhenti dan pertukaran dalam masa satu jam jika semua dokumen diperlukan ada dibawa oleh ibubapa/penjaga.
11. Mengambil tindakan segera sehari selepas arahan dan maklumat yang dikehendaki oleh PPD Segamat, JPN, dan KPM diterima.
No comments:
Post a Comment